Expired : 18.06.18

Latih diri buang tabiat merokok: Khutbah


BANGI, 5 Jamadilawal 1440H, Jumaat – Rakyat Malaysia digesa memberi kerjasama untuk memastikan peraturan larangan merokok di tempat-tempat tertentu seperti yang telah dikuat kuasakan, dipatuhi dengan sebaiknya.


Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengakui, usaha kerajaan menguatkuasa larangan merokok adalah untuk melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.


Ia juga, katanya, bertujuan untuk membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan menghadkan kawasan yang dibenarkan merokok terutama di kawasan tumpuan orang awam.


“Asap rokok mencemarkan udara sekeliling dan meninggalkan kesan mudarat kepada golongan bukan perokok termasuk kanak-kanak, ibu hamil dan warga emas.


“Selain itu, tabiat merokok adalah satu amalan pembaziran yang jelas dilarang oleh agama kerana perbelanjaan yang tidak mendatangkan sebarang faedah,” kata Jakim.



Jakim berkata, sebahagian besar ulama muktabar dahulu dan sekarang telah mengeluarkan fatwa pengharaman merokok berdasarkan dalil syar’i serta bukti perubatan yang saintifik.


Katanya, ia jelas menunjukkan merokok adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan maut dan termasuk dalam perbuatan yang dibenci oleh Allah.


“Hal ini adalah berdasarkan hakikat iaitu apa jua yang boleh membawa kepada kerosakan diri dan harta serta masyarakat dianggap maksiat dan dilarang dalam Islam. Ini juga selaras dengan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 195,” kata Jakim.


Pada masa sama, Jakim mengajak golongan perokok agar berazam dan berusaha untuk menghentikan terus tabiat merokok melalui pelbagai kaedah yang telah sedia dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Kita semua tidak harus mencemuh dan membiarkan sahaja golongan ini, namun kita sentiasa perlu memujuk dan menasihati mereka agar melatih jiwa untuk menolak sepenuhnya tabiat merokok,” kata Jakim.


The post Latih diri buang tabiat merokok: Khutbah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop