Expired : 18.06.18

Latih Masyarakat Urus Jenazah

Oleh : Fathiah Malek


6 Oktober 2019


SUBANG BESTARI : Kursus pengurusan jenazah bersama masyarakat anjuran Akademi Tahfiz Al Khawarizmi Subang Bestari telah berjaya diadakan di sini, Sabtu lalu.



Kursus tersebut dikendalikan oleh Tuan Haji Bakar Sidek dan Puan Sharifah Zaharah dari Skuad Prihatin Wilayah Persekutuan.


Kursus yang julung kali diadakan ini telah disertai oleh para guru dan para pelajar lelaki Akademi Tahfiz Al Khawarizmi, ibu bapa pelajar serta masyarakat setempat.


Para peserta telah didedahkan dengan cara pengurusan jenazah bermula daripada memandikan, mengkafankan dan diakhiri dengan solat jenazah.


Kursus yang bermula sekitar 8.00 pagi itu selesai pada pukul 1 tengah hari di mana para peserta turut mendapat sijil penyertaan di akhir sesi.


Penganjuran kursus jenazah yang diuruskan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Helmi Fauzi selaku mudir Akademi Tahfiz Al Khawarizmi ini telah mendapat respon yang baik dari para peserta dan diharapkan agar program seumpamanya dapat diadakan lagi pada masa hadapan.



The post Latih Masyarakat Urus Jenazah appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop