Expired : 18.06.18

‘Layan sangat puak cauvinis sampai berani persenda jawi’


BANGI, 8 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Sikap tidak berpendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam melayan kehendak puak cauvinis membuatkan rakyat tidak menghormati serta semakin berani mempersendakan tulisan jawi.


Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustazah Suriani Sudi berkata, kerajaan perlu ada kata sepakat dalam mempertahankan identiti negara dan menunjukkan komiten yang bersepadu berkaitan tulisan jawi.


“Apa yang dikesalkan, setelah keputusan dibuat untuk mengekalkan pengajaran tulisan jawi di semua sekolah termasuk sekolah vernakular, kerajaan tarik semula dengan melonggarkan lagi dengan menjadikan ia hanya sebagai mata pelajaran pilihan (optional) dan menghadkan kepada tiga muka surat sahaja.


“Jelas bahawa kerajaan tiada pendirian yang tegas dalam hal ini dan hanya melayan kehendak puak cauvinis,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa tangkapan layar tular melalui sistem pesanan Whatsapp dipercayai perbualan kakitangan sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.


Dalam perbualan itu, beberapa ahli dalam kumpulan Whatsapp terbabit menghantar perkongsian tulisan jawi yang merujuk jenama syarikat arak dan hidangan berunsurkan babi, Bak Kut Teh.


Tangkapan layar perbualan dalam kumpulan Whatsapp berkenaan mula tular di media sosial, baru-baru ini.


Mengulas perkara itu, Ustazah Suriani berkata, tindakan biadab sekumpulan kakitangan itu menunjukkan mereka tidak menghormati sensitiviti orang Melayu.


Bahkan, tegasnya, tindakan memperlekeh dan mempermain-mainkan tulisan jawi tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.


“Orang Melayu tidak pernah merendah-rendahkan dan mempersenda tulisan selain tulisan jawi seperti tulisan Cina dan Tamil. Kita menerimanya sebagai rumpun budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Tindakan mereka ini boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat melayu.


“Sebagai rakyat Malaysia, mereka seharusnya menghormati tulisan jawi yang juga identiti negara sebagaimana ia terdapat pada jata dan wang kertas negara. Kiranya mereka mengaku sebagai rakyat Malaysia mereka perlu buktikan yang mereka menghormati tulisan jawi sebagai identiti negara,” katanya.


The post ‘Layan sangat puak cauvinis sampai berani persenda jawi’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop