Expired : 18.06.18

Lebih 1,000 rumah rosak akibat ribut, kata Mukhriz

Anggota Bomba Langkawi, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, PDRM dan Kontraktor TNB membersihkan kesan ribut di Jalan Pantai Tengah Langkawi, 9 Ogos 209. — Foto Bernama
Anggota Bomba Langkawi, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, PDRM dan Kontraktor TNB membersihkan kesan ribut di Jalan Pantai Tengah Langkawi, 9 Ogos 209. — Foto Bernama

JITRA, 11 Ogos  — Sejumlah 1,358 rumah di semua daerah di Kedah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut pada Jumaat malam, kata Mentri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata daripada jumlah itu, daerah Kuala Muda mencatatkan rumah paling banyak rosak iaitu  400 buah manakala di Kota Setar pula 260 buah.


Sehubungan itu, kerajaan negeri akan membantu penduduk terjejas dari segi menyediakan bantuan tambahan untuk mereka membaik pulih rumah yang rosak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Korban di Masjid Pida 3 di Jerlun dekat sini hari ini.


Mukhriz berkata bantuan segera sebanyak RM300 telah pun disediakan untuk penduduk yang terjejas itu dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak lebih awal turun ke lokasi terbabit menghulurkan bantuan sepatutnya kepada mereka.


Kejadian ribut itu juga menyebabkan seramai 39 pesakit yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di seluruh negeri ini selain merekodkan satu kes kematian di daerah Kubang Pasu melibatkan seorang penunggang motosikal wanita berumur 27 tahun.  —  Bernama


Norlida Ishak Shop