Expired : 18.06.18

Lebih 100 B@nduan Penj@ra Banda Aceh Ambil Kesempatan Larikan Diri Ketika Solat Jemaah.

Apa nak jadi zaman sekarang ni, ingatkan dah insaf rupa-rupanya masih jadi ‘hantu’.


Menurut Free Malaysia Today kisah ni berlaku kat sebuah penjara di Banda Aceh dimana 113 banduan melarikan diri dengan memecahkan pagar penjara menggunakan alat senaman angkat beratSado lain tempat ni namanya bro.


Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada malam khamis di negara yang majoriti rakyatnya beragama islam itu.


“Terdapat 726 penghuni pada masa itu, 113 daripadanya melarikan diri. Kami menahan semula 23 daripada mereka dan masih mengesan tahanan yang lain,” kata jurucakap Kementerian Kehakiman, Ade Kusmanto.


Sumber : FMT

 


Banduan manfaatkan waktu solat untuk loloskan diri dari penjara


Kusmanto berkata ketika kejadian, banduan dibawa keluar dari sel untuk solat berjemaah malangnya ada yang ‘memanfaatkan’ waktu tersebut untuk meloloskan diri dari penjara.


Sepatutnya waktu ni berdoa la kat tuhan mintak diampunkan dosa tapi lain pulak yang korang buat aishh..


Sumber : FMT

Polis lancar pemburuan besar-besaran cari banduan yang masih bebas


Lepas je kejadian tu, polis melancarkan pemburuan besar-besaran bagi mengesan banduan yang terlepas.


Mereka juga meningkatkan tahap keselamatan di penjara dengan meletakkan sepuluh pegawai untuk mengawasi kawasan panas tu…Fuhh, rupanya bukan senang nak jaga banduan-banduan ni semua, ingatkan jalan keliling penjara je.


 


Banduan lari dari penjara kes biasa di Indonesia


Selidik punya selidik, rupanya kejadian banduan lari dari penjara ni kes biasa di Indonesia disebabkan banduan sering berdepan dengan keadaan yang tidak selesa iaitu penjara yang penuh dan sesak.


Mei tahun lepas je, lebih 400 banduan meloloskan diri lepas solat berjemaah di penjara yang dikatakan sesak di wilayah Riau.


Bukan tu je, sebulan kemudian puluhan banduan terkandas dalam banjir di Penjara di Sumatera akibat salah satu dindingnya runtuh.


Yelaa..dorang pun manusia jugak, takkan la nak duduk kat penjara yang padat dengan manusia, nak bernafas pun susah. Apa-apapun admin doakan semua banduan ditemui semula, takyah la larikan diri dari penjara ni, buat penat badan je.


The post Lebih 100 B@nduan Penj@ra Banda Aceh Ambil Kesempatan Larikan Diri Ketika Solat Jemaah. appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop