Expired : 18.06.18

Lebih 50 Idea Dihantar Untuk Menyertai #GodamSahur Yang Diadakan Buat Julung Kalinya

#GodamSahur merupakan salah satu acara hackathon maya yang diadakan buat julung kalinya pada bulan Ramadan 2019 ini. Melaluinya, ia mengalakkan pembangun untuk hadir dengan projek-projek menarik yang dibangunkan sepanjang bulan Ramadan ini.


Sebanyak 55 idea telah dihantar oleh para peserta #GodamSahur kali ini, dimana ia akan dibangunkan secara berperingkat sepanjang Ramadan ini. Projek atau idea yang dihantar merangkumi sejumlah topik-topik berbeza, turut meliputi penyelesaian dan kemudahan untuk kanak-kanak, kejiranan dan lain-lain.


Daripada keseluruhan idea yang dihantar, 47.3% merangkumi idea berkenaan dengan kejiranan, sementara 27.3% adalah memfokuskan kepada pembangunan kanak-kanak. Selebihnya merangkumi pelbagai topik-topik lain seperti kewangan, pendidikan, remaja dan sebagainya.


Peserta #GodamSahur yang berjaya menyiapkan projek mereka menjelang penghujung Ramadan ini bakal menerima sedikit imbuhan daripada wang terkumpul yang ditawarkan oleh beberapa penaja, termasuk InstaWeb dan juga Slurp.


Layari : #GodamSahur


Norlida Ishak Shop