Expired : 18.06.18

Lebih 82,000 kes, AS negara paling tinggi jangkitan COVID-19

WASHINGTON, 2 Syaaban 1441H, Jumaat – Amerika Syarikat mencatatkan kes paling tinggi jangkitan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, melepasi China dan Itali. 


AFP melaporkan, lebih daripada 82,000 penduduk di negara itu disahkan positif COVID-19, melepasi Itali, yang melaporkan kematian paling banyak, dan China – virus mula-mula dikesan pada bulan Disember di metropolis Wuhan.


Dengan kebimbangan mengenai kemelesetan global, pemimpin ekonomi utama, Group of 20 (Kumpulan G20) mengadakan rundingan krisis, berjanji untuk melawan wabak – bersama dengan suntikan kewangan yang besar.


“Kami menyalurkan lebih daripada AS$5 trilion ke dalam ekonomi global, sebagai sebahagian daripada dasar fiskal yang disasarkan, langkah-langkah ekonomi, dan skim jaminan untuk menangkis kesan sosial, ekonomi dan kewangan pandemik.”


Mereka juga menjanjikan sokongan ‘kuat’ untuk negara-negara membangun, di mana coronavirus boleh memusnahkan masa depan selepas menjejaskan China dan kemudian Eropah.


Manakala Itali serta Sepanyol, yang mempunyai angka kematian tertinggi kedua, membantah rancangan-rancangan ekonomi oleh Kesatuan Eropah yang dilihat terlalu lemah.


Sementara Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mahukan tindak balas kewangan yang ‘kuat dan mencukupi’ yang menggunakan instrumen kewangan inovatif yang benar-benar disesuaikan dengan perang,” kata pejabatnya. – Agensi


The post Lebih 82,000 kes, AS negara paling tinggi jangkitan COVID-19 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.