Expired : 18.06.18

Lebih lapan jam di SPRM, Mahdzir Khalid sambung keterangan esok

Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan lebih lapan jam di SPRM berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak. — Foto oleh Saw Siow Feng
Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan lebih lapan jam di SPRM berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak. — Foto oleh Saw Siow Feng

PUTRAJAYA, 29 Nov — Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan lebih lapan jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Anggota Parlimen Padang Terap itu yang menaiki Mercedes-Benz berwarna putih, kelihatan meninggalkan bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini pada 6.15 petang. Beliau datang ke ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 10 pagi.



Sumber SPRM memberitahu Mahdzir akan dipanggil untuk memberi kenyataan berkaitan kes sama di sini, pada 9 pagi esok.


Pada 15 Nov lalu, isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor, menerima rasuah berkaitan dengan projek tenaga solar berkenaan.



Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.


Rizal pula menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin. — Bernama


Norlida Ishak Shop