Expired : 18.06.18

Leicester terus mengejar Liverpool

JAMIE Vardy meledak dua gol masing-masing dalam setiap babak ketika Leicester City menewaskan Aston Villa, 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam ini.


Kemenangan itu membolehkan Leicester memungut 38 mata daripada 16 perlawanan lapan mata ketinggalan kepada pendahulu liga Liverpool yang mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth pada Sabtu.


Bintang Leicester Vardy membuka jaringan pada minit ke 20 selepas menerima umpanan Kelechi Iheanacho sebelum Iheanacho menambah jaringan untuk mendahului 2-0 di Villa Park sebelum pemain tuan rumah Jack Grealish merapatkan jaringan sebelum rehat perlawanan.


Jonny Evans memastikan The Foxes di depan selepas tiga empat minit perlawanan separuh masa kedua berlangsung sebelum Vardy menjaringkan gol ke-16 musim ini di penghujung babak perlawanan yang dilimpahi deretan layangan kad kuning kepada kedua-dua pasukan.


Villa kini berada di kedudukan ke 17 carta dengan 15 mata menyamai pasukan dalam kelompok penyingkiran.


Keputusan Liga Perdana Inggeris :


Aston Villa 1 Leicester City 4


Newcastle 2 Southampton 1


Norwich 1 Sheff United 2


Norlida Ishak Shop