Expired : 18.06.18

Lelaki Cabul Budak Dalam Kedai Di Rawang Telah Ditahan Polis




Seorang lelaki yang dirakam oleh CCTV sebuah kedai di Bandar Country Homes Rawang pada 10 Julai lalu telah ditahan.


Hasil Maklumat Orang Awam


Ketua Penolong Komisioner Polis Gombak, Samsor Maarof berkata bahawa suspek, iaitu lelaki Indonesia berusia 45 tahun yang juga pekerja binaan telah ditahan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.






Beliau berkata penahanan tersebut dibuat di kawasan Country Homes di mana polis juga menemui pakaian yang dipakai oleh suspek ketika insiden tersebut.


LIHAT: [VIDEO] Lelaki Cabul Budak 9 Tahun Dalam Kedai Diburu Polis. Parents Sila Alert!










“Suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan namun berdasarkan penyiasatan awal pihak polis, kami positif bahawa dia adalah lelaki yang terlibat dalam kes ini,” tambah beliau dalam sebuah kenyataan yang dilaporkan oleh News Straits Times.






Menurut Samsor, suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman.


Dalam kejadian yang berlaku jam 6.19 petang itu, kelihatan suspek memeluk dan menggesel badannya pada seorang kanak-kanak dari belakang. Kanak-kanak tersebut pada ketika itu sedang melihat barangan pada rak dalam sebuah kedai bersama adiknya.


Kejadian berlaku 2 kali sebelum kanak-kanak tersebut sempat melarikan diri.


Video rakaman CCTV menjadi tular serta menimbulkan kemarahan orang awam, terutamanya ibu bapa yang semakin risau dengan kes pedofilia.


Bapa kepada kanak-kanak tersebut membuat laporan polis pada jam 8 malam hari yang sama setelah mengetahui insiden tersebut daripada isterinya.


*Sumber : NST Online


SL : Semoga kes ini diadili dengan seadilnya dan pelaku mesti dihukum agar kes begini tidak berulang lagi. Sedikit sebanyak, kita juga perlu mengambil pengajaran dan lebih berhati-hati ya!









Related Items:




Norlida Ishak Shop