Expired : 18.06.18

Lelaki Ini Tampil Jelaskan Situasi Sebenar Dalam LRT Yang Tidak Berikan Tempat Duduk Kepada Wanita Hamil

Baru-baru ini telah tular sebuah foto seorang wanita hamil sedang berdiri di dalam LRT, manakala kelihatan tiga orang lelaki yang sedang bermain telefon bimbit sedang duduk berhampiran wanita tersebut.


Foto ini mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya mengkritik sikap lelaki tersebut yang disifatkan tidak prihatin dengan keadaan sekeliling, apabila tidak memberi tempat duduk penumpang di dalam LRT.


Foto yang tular itu turut mendapat perhatian YB Nurul Izzah, yang telah ReTweet posting tersebut dan akan membawa perkara ini ke perhatian umum bagi memberi kesedaran kepada golongan awam.


Jadilah rakyat yang prihatin!



Kami offer tempat duduk kepada wanita itu


Selepas foto ini tular, seorang lelaki yang berada di tempat kejadian telah reTweet kenyataan daripada YB Nurul Izzah dan menjelaskan bahawa mereka telah mempelawa tempat duduk kepada wanita hamil tersebut, namun foto ini tidak menjelaskan keadaan sebenar, sewaktu mereka sedang melihat telefon bimbit.



Thank you for doing so


Selepas tampil menjelaskan keadaan sebenar, YB Nurul Izzah telah memperbetulkan keadaan dengan mengucapkan terima kasih kepada Tweet lelaki tersebut.



Perkara sebenar yang berlaku


Selepas tampil memperjelaskan hal sebenar, salah seorang lelaki yang gambarnya telah diambil oleh individu yang menularkan foto tersebut, telah memberi kenyataan di portal Mstar Online memberitahu bahawa,


Waktu tu saya naik LRT dari KL Sentral menujuk ke Glenmarie. Sejujurnya saya tidak sedar kehadiran wanita hamil itu memandangkan tren penuh dan ramai orang keluar masuk. Kalau saya perasaan kehadirannya dari awal sudah tentu saya akan beri tempat duduk saya. Takkan setiap stesen kita kena tengok setiap individu yang keluar masuk tren.”


Muhammad Firdaus yang merupakan seorang pelajar menjelaskan bahawa, dia yang turut sedang duduk bersama dua orang penumpang lain telah menawarkan tempat duduk masing-masing kepada wanita hamil tersebut, setelah menyedari kehadiran wanita itu.


Ada orang tegur, weh ada wanita hamil tengah berdiri. Kami pun terus cakap “duduk” kepada wanita itu,” katanya.



Saya kesal, individu itu viralkan kami tanpa jelaskan perkara sebenar selepas gambar diambil…


Menurut Muhammad Firdaus, dia berasa kesal dengan tindakan individu itu yang mengambil foto dirinya dan penumpang lain, tanpa menjelaskan perkara sebenar selepas foto itu diambil.


Persepsi orang ramai yang mengecam tindakannya telah memberi impak kepada dirinya apabila kenalan dan keluarganya terus menghubunginya mempersoalkan tindakannya itu. Namun, setelah dijelaskan mereka dapat memahami.


Apa yang berlaku dalam gambar ditularkan itu tidak benar. Bukan salah semua orang dalam gambar itu tapi salah perempuan yang ambil gambar tersebut kerana dia macam ada niat yang tidak baik. Gambar itu menampakkan kami tidak bertolak ansur terhadap wanita hamil itu, sedangkan wanita itu sudah diberi tempat duduk selepas kami menyedari kehadirannya.”


Sumber : Portal MStar Online


Norlida Ishak Shop