Expired : 18.06.18

Lelaki jadikan budak perempuan tebusan mati ditembak


KOTA KINABALU, 7 Jamadilawal 1440H, Ahad – Seorang pemuda yang menjadikan budak perempuan sebagai tebusan di tingkat empat pangsapuri Telipok Ria kira-kira 25 kilometer dari sini ditembak mati petang ini.


Mengikut berita yang baru diterima jam 6.50 petang ini, sepasukan anggota polis bertindak menembak pemuda terbabit selepas usaha berunding dengannya gagal.


Terdahulu, lelaki terbabit yang dikatakan mahu membalas dendam menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan, dengan mengacukan pisau ke lehernya, sejak jam 12.30 tengah hari tadi.


BERITA LANJUT MENYUSUL


The post Lelaki jadikan budak perempuan tebusan mati ditembak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop