Expired : 18.06.18

Lelaki serupa Messi tiduri 23 wanita kini kerap jadi buruan polis

HIDUPNYA berubah 360 darjah dua tahun lalu gara-gara gambarnya tular di seluruh dunia.


Lelaki Iran bernama Pratesh ini kebetulan memiliki wajah mirip pemain bola sepak handalan dunia, Lionel Messi.


Paratesh diminta bapanya untuk bergambar bersama jersi Barcelona bernombor 10 – sama seperti yang dikenakan pemain terbabit.


Dengan penampilan yang hampir sama, dia bergaya dengan aksi yang pernah dilakukan Messi. Hasilnya, Paratesh segera mencuri perhatian ramai terutamanya gadis-gadis.


Maka bermulalah langkah panjang untuk lelaki digelar Messi Celup itu.


Untuk membolehkan dia tampil selayaknya sebagai Messi Paratesh menyimpan jambang dan memotong rambut seperti dilakukan Messi.


Dengan kelebihan itu dia menjadi penggoda ramai wanita di Iran. Setakat ini sekurang-kurangnya ada 23 wanita mengadu ditiduri Paratesh.


Semua wanita terbabit ‘cair’ gara-gara wajahnya yang saling tak tumpah dengan Messi. Cuma bezanya, Messi lincah beraksi di gelanggang bola sepak, manakala Paratesh licik di gelanggang lain.


Terdapat gadis yang ditiduri Pratesh membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu lelaki itu.


Dua tahun lalu Paratesh pernah ditangkap polis atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam.


Selain Paratesh, Iran juga memiliki lelaki yang mirip seorang lagi pemain bola sepak handalan dunia, iaitu Cristiano Ronaldo.



Seorang pemuda Iran bernama Reza Alireza Lou juga mampu menjadi sensasi di dunia maya setelah wajahnya mirip dengan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo.


Sensasi Alirea itu dikesan apabila agensi berita AFP merakam gambarnya semasa mengundi dalam pilihran raya umum negara terbabit pada 19 Mei 2017.


The post Lelaki serupa Messi tiduri 23 wanita kini kerap jadi buruan polis appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop