Expired : 18.06.18

Lelaki tengah seronok bangga bilik jadi 'This is Anfiled', tiba-tiba... (VIDEO)

Seorang peminat Liverpool bersama logo ikonik kelab kegemarannya. — Foto ihsan Twitter/Raeesbai
Seorang peminat Liverpool bersama logo ikonik kelab kegemarannya. — Foto ihsan Twitter/Raeesbai

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Peminat bola sepak lazimnya mahu mengabadikan poster pemain pujaan mahupun logo kelab di rumah mereka sebagai tanda sokongan terhadap pasukan kegemaran.

Namun, kadang-kadang keterujaan itu boleh bertukar menjadi jenaka yang tidak disangka-sangka.


Begitulah yang dialami seorang peminat tegar Liverpool dikenali sebagai Delhi yang mahu menjadikan biliknya sebagai "This is Anfiled" - simbol ikonik kelab yang kini mengungguli Liga Inggeris dengan tujuh kemenangan dari tujuh perlawanan musim ini.


Beliau yang memuat naik rakaman 10 saat ke Twitter dilihat melekatkan mafla tertera "This is Anfield" bersama-sama bingkai logo ikonik kelab berkenaan di muka pintu bilik.


Untuk rekod, pengurus Liverpool Jurgen Klopp melarang mana-mana pemain menyentuh logo tersebut selagi mereka belum memenangi piala sehinggalah pasukan itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah untuk kali keenam pada tahun lalu.


Namun, sebaik sahaja Delhi menyentuh logo berkenaan, bingkainya terlucut dari dinding lalu jatuh menimpa kepalanya. Situasi itu mengundang gelak tawa rakannya dan sebahagian warga maya yang menonton rakaman tersebut.



This is bangang. HAHA pic.twitter.com/jIpUwkjCrJ


— Delhi (@Raeesbai) October 1, 2019

Disaksikan lebih 12,000 kali setakat ini, ramai pengunjung Twitter mentertawakan beliau. Tidak kurang juga yang menyakat beliau.


Hafie Zulhakim 17: Pakai gam UHU memanglah.


Ihsan Ji: Astro Gempak boleh pm (mesej peribadi) untuk raja lawak


Alex Ferd 4: Fans (peminat) Liverpool memang macam ini ke?


Norlida Ishak Shop