Expired : 18.06.18

Lensa Lomography Petzval Dihasilkan Khusus Untuk Kamera Nircermin

Industri fotografi meramalkan kamera nircermin akan mengambil alih ruang yang diduduki oleh kamera SLR. Kamera nircermin adalah lebih padat dan tahan lasak berbanding kamera SLR yang mendominasi pasaran sejak 1960an. Bagi pemilik kamera nircermin yang inginkan gambar dengan rupa seakan Lomo, lensa Lomography Petzval 55mm f/1.7 telah dilancarkan.


Lensa ini dihasilkan khusus untuk menghasilkan kesan bokeh yang boleh dikustomasi menggunakan beberapa corak sisipan yang disertakan. Antara corak yang diberikan ialah jantung, bintang dan salju. Tujuh tahap kekuatan bokeh boleh dikawal menerusi laras pada sisi lensa. Menurut Lomography, gambar yang diambil menggunakan Petzval 55mm akan kelihatan seperti catan air.


Lomography Petzval 55mm f/1.7 akan dijual pada bulan Julai pada harga bermula $399 (~RM 1671) dengan kemasan aluminium, gangsa dan gangsa yang dicat berwarna hitam. Terdapat pilihan untuk cagak kamera Sony E, Canon RF dan Nikon 7,


Norlida Ishak Shop