Expired : 18.06.18

Lepas anjing dicat hijau, kucing pula disembur pewarna biru

Seekor kucing disembur pewarna biru dengan jalur belang hitam. — Foto ihsan Facebook/Persatuan Haiwan Malaysia
Seekor kucing disembur pewarna biru dengan jalur belang hitam. — Foto ihsan Facebook/Persatuan Haiwan Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Selepas pendedahan anjing dizalimi apabila seluruh tubuhnya dicat hijau semalam, rupa-rupanya penderaan sedemikian juga berlaku terhadap haiwan lain termasuk kucing.

Tidak memberi butiran terperinci, Persatuan Haiwan Malaysia mendedahkan ada kucing disembur pewarna oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab.


Berdasarkan hantaran Facebook hari ini yang turut melampir foto, haiwan tersebut disembur warna biru dengan jalur belang hitam.


Menyifatkan perbuatan itu “bodoh”, hantaran berkenaan menyebut perbuatan sedemikian boleh membahayakan nyawa kucing apabila haiwan berkenaan mengalami keracunan toksin apabila haiwan berkenaan menjilat tubuhnya atau cat meresap melalui kulit.  


“Masyarakat yang ada maklumat penganiayaan terhadap haiwan peliharaan berpemilik atau spray sebegini dilakukan oleh jiran tetangga dimohon buat laporan kezaliman haiwan kepada pihak berkuasa...” kata persatuan itu.


Perbuatan sedemikian juga menyalahi  Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana khianat terhadap haiwan.


Semalam, seekor anjing jalanan di Subang Bistari dekat sinidikesan dicat hijau oleh individu tidak diketahui. 


Norlida Ishak Shop