Expired : 18.06.18

“Lepas berjaya ke final, baru menteri2 sibuk nak jumpa…” – TMJ ‘tembak’ sikap pak menteri

Sebentar tadi, TMJ telah memuat naik status meluahkan perasaan kurang senang dengan menteri-menteri yang sibuk untuk berjumpa dengan pemain kebangsaan, selepas mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala AFF Suzuki Cup.


TMJ juga telah berkongsi screenshoot perbualannya WhatsApp dengan Aidil Zafuan. Dalam screenshoot yang dikongsikan baginda, Aidil telah menulis memaklumkan kepada TMJ bahawa mereka perlu berjumpa dengan menteri-menteri.


Aidil turut meluahkan isi hatinya yang terkilan dengan sikap menteri, yang baru ingin berjumpa dengan mereka, dan sebelum perlawanan hanya TMJ sahaja yang ada datang bertemu mereka.


Susah senang memang kami bersama…




Pemain bakal berjumpa menteri…


Adil mendedahkan bahawa mereka, pemain bakal berjumpa dengan menteri, namun apa yang dipersoalkan adalah tiada ahli politik berkenaan yang datang berjumpa mereka, menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki sebelum ini.


Hanya TMJ sahaja yangt melakukan pertemuan sebelum pasukan itu ke Kemboja untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan.



Kebangkitan Harimau Malaya hasil perancangan TMJ


Sebelum ini juga, TMJ itu telah dimuat naik di laman Twitternya menulis, siapakah yang meletakkan Tan Cheng Hoe di situ, Ong Kim Swee dalam pasukan B-23, dan Bojan Hodak B-19. Semua perancangan berjalan dengan baik. Di akhir kenyataan, TMJ menulis, “Claim jangan tak claim! Tahniah Malaysia dan FAM. Cinta, TMJ.”



Tunggulah lepas final nanti, bagi pemain fokus dulu



Adalah lebih baik jika pertemuan dilakukan selepas perlawanan tamat. Perkara ini juga bagi membolehkan pemain memberikan fokus kepada perlawanan hari Selasa hadapan.


Sumber Twitter Tmj


Norlida Ishak Shop