Expired : 18.06.18

Lepas jawatan menteri, Maszlee dipilih ketua bahagian PPBM

Maszlee Malik sebelum ini melepaskan jawatan menteri pendidikan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri. — Foto oleh Choo Choy May
Maszlee Malik sebelum ini melepaskan jawatan menteri pendidikan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Melepaskan jawatan menteri pendidikan tidak sesekali membuatkan populariti Maszlee Malik berkurang di Simpang Renggam.

Maszlee hari ini mengumumkan beliau berjaya dipilih sebagai ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Simpang Renggam. 


“Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kemenangan telah berpihak kepada saya. 


“Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan kerana mengundi saya untuk menjadi Ketua Bahagian PPBM Simpang Renggam.


“Amanah ini akan saya galas sebaik yang mungkin,” coretnya di Twiiter hari ini. 


Ahli parlimen Simpang Renggam sebelum ini melepaskan jawatan menteri pendidikan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri. 


Tun Dr Mahathir Mohamad kini memangku jawatan menteri pendidikan.