Expired : 18.06.18

Letak kamera pengintai di tandas pesawat, lelaki Malaysia ditahan

Rakyat Malaysia ditahan kerana meletakkan kamera pengintai dalam pesawat United Airlines 646. — Foto AFP
Rakyat Malaysia ditahan kerana meletakkan kamera pengintai dalam pesawat United Airlines 646. — Foto AFP

KUALA LUMPUR, 12 Ogos  — Seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat selepas dia disyaki meletakkan kamera pengintai di tandas wanita sebuah pesawat.


Choon Ping Lee, pemastautin Houston, meletakkan kamera di tandas kelas pertama pesawat United Airlines 646 yang dalam perjalanan dari San Diego ke Houston.


Mengikut pihak berkuasa, seorang wanita menyedari peranti berkelip biru di antara kabinet dan dinding tergantung berdekatan pintu tandas, lapor The Houston Chronicle.


Wanita itu kemudian menyerahkan peranti itu kepada kru yang kemudian memberikannya kepada pihak keselamatan di Lapangan Terbang George Bush sebelum ia disahkan sebagai peranti rakaman video.


Pihak keselamatan mengecam suspek, penumpang kelas pertama, melalui rakaman kamera berdasarkan pakaian dan perhiasan, jam dan gelang tangan.


Lee orang pertama ditahan kerana mengintai di dalam pesawat sejak undang-undang berkaitan kesalahan itu digubal 15 tahun lalu.  


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop