Expired : 18.06.18

Letupan Di RAPID Pengerang Dua Cedera

Letupan Di RAPID Pengerang Dua Cedera. Dua pengawal keselamatan cedera susulan insiden letupan di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, dekat sini, awal pagi tadi.


Letupan Di RAPID Pengerang Dua Cedera
Letupan Di RAPID Pengerang Dua Cedera

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah, berkata kedua-dua mangsa berusia 28 dan 30 tahun yang juga warga tempatan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang.


“Pihak polis mengesahkan laporan kejadian diterima pada jam 1.25 pagi tadi.


“Insiden kebakaran kecil berlaku di satu lot tapak projek.


“Pasukan Tindak Kecemasan (ERT) PETRONAS RAPID Pengerang diaktifkan ke lokasi kejadian membabitkan lima kenderaan pasukan itu dengan kekuatan 30 anggota yang dapat memadam dan mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 2.15 pagi.


“Disahkan setakat ini hanya dua mangsa warga tempatan yang mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Ahsmon berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca insiden itu akan dibuat bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (JAKKSAS) Johor; Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak pengurusan keselamatan PETRONAS RAPID Pengerang.


“Pihak Polis memuji tindak balas ERT PETRONAS RAPID Pengerang yang dapat mengawal sepenuhnya insiden terpencil ini dalam masa yang singkat,” katanya.


Terdahulu, PETRONAS dalam satu kenyataan mengesahkan letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi tadi.


Katanya, pasukan kecemasan dan kebakaran digerakkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian. -BH Online-


The post Letupan Di RAPID Pengerang Dua Cedera appeared first on Berita Viral Terkini.


Norlida Ishak Shop