Expired : 18.06.18

LG G8X Dijangka Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin

LG telah pun memperkenalkan LG G8 sebelum ini, dan pada acara IFA 2019 yang bakal berlangsung bulan hadapan, LG dijangka memperkenalkan LG G8X.


Telefon pintar ini bakal membawakan sedikit kemaskini berbanding LG G8 sebelum ini, dari segi spesifikasi dan juga fungsi menarik padanya.


LG G8X


LG G8X dijangka mengekalkan penggunaan cip Snapdragon 855, selain bakal hadir dengan pengimbas cap jari secara terbina pada skrin. Hal ini, sekaligus menjadikan telefon pintar LG G8X sebagai telefon pertama daripada LG yang dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin.


Selain daripada itu, perkongsian pihak @Onleaks juga memperlihatkan LG G8X hadir dengan rekaan bertakuk kecil dihadapan, selain penggunaan multi-kamera pada bahagian belakang. Bicu audio 3.5mm juga dijangka dikekalkan pada telefon pintar akan datang ini.


Kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar terbaru LG ini dalam minggu-minggu akan datang.



Norlida Ishak Shop