Expired : 18.06.18

LG Melancarkan Dua Monitor Baharu Dengan Kadar Segar Semula 175Hz

Serentak dengan acara E3 yang sedang berlangsung sekarang, LG melancarkan dua monitor baharu yang mensasarkan golongan peminat permainan video. Monitor LG UltraGear 38GL950G dan 27GL850 masing-masing menggunakan teknologi Nano IPS dengan masa tindak balas 1ms.


LG UltraGear 38GL950G hadir dengan skrin sebesar 37.5″ yang melengkung dengan kadar segar semula 144Hz yang boleh dilewahjam ke 175Hz. Skrin ini menyokong resolusi 3840 x 1600 pixel  bernisbah 21:9 dengan sokongan GSync serta sokongan HDR 400. Terdapat satu input HDMI, mini display dan juga USB.


LG UltraGear 27GL850 pula hadir dengan skrin sebesar 27″ yang melengkung dengan kadar segar semula 144Hz. Skrin adalah rata dengan resolusi 2560 x 1440 pixel sokongan HDR10. Terdapat dua input HDMI, mini display dan juga USB. Harga jualan kedua-dua model masih belum diumumkan buat masa ini.


Norlida Ishak Shop