Expired : 18.06.18

LG Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Trikamera Swafoto

Syarikat LG yang terawal memperkenalkan penggunaan dwikamera dengan satu lensa sudut lebar dan satu lagi dengan lensa ultra sudut lebar menerusi G6 dua tahun yang lalu. Inovasi mereka kurang mendapat perhatian kerana sistem zum optikal lebih popular. Kini peranti dengan lensa sudut ultra-lebar mula digunakan dengan lebih meluas.


Mereka kelak akan memperkenalkan sebuah lagi inovasi dengan penggunaan trikamera pada bahagian hadapan. Ini adalah kerana rekaan peranti dengan tiga kamera hadapan telahpun dipatenkan pada badan WIPO. Sistem trikamera ini diletakkan pada bahagian takuk skrin yang agak besar. Turut disertakan ialah sistem trikamera pada bahagian belakang yang disusun mendatar.


Menarik sekali dengan paten ini ialah tiada lagi bicu audio pada bahagian belakang. Peranti LG diminati golongan peminat audio kerana dilengkapi sistem Quad DAC yang memberikan kualiti audio mantap apabila disambung pada sebuah aksesori audio berwayar. Mungkin LG akan mengikuti langkah Samsung yang telah menghasilkan peranti tanpa bicu audio juga seperti Galaxy A80 dan Galaxy Fold.


Norlida Ishak Shop