Expired : 18.06.18

LG Mungkin Memperlihatkan Telefon Boleh-Lipat Mereka Pada CES 2019

Dengan pelbagai telefon pintar kini hadir dengan rekaan lebih kurang sama, pelbagai pengeluar bersaing antara satu sama lain untuk hadir dengan rekaan unik baru. Antaranya adalah rekaan telefon boleh-luncur, dan pada 2019 kelak, kita akan dapat melihat rekaan peranti dengan skrin boleh-lipat.


Berbeza dengan telefon boleh-lipat sekitar sedekad dua yang lepas, untuk rekaan baru ia menawarkan peranti menggunakan rekaan skrin menyeluruh, dimana skrin berkenaan boleh-dilipat dua tanpa keperluan sebarang engsel dan sebagainya.



I can't speak for Samsung…


…but I do know that LG plans to unveil a foldable phone at its 2019 CES keynote.


— Evan Blass (@evleaks) October 31, 2018



Menurut @evleaks yang terkenal dengan pelbagai ketirisan awal sebelum ini, beliau mengatakan LG mungkin memperkenalkan telefon dengan rekaan boleh-lipat ini pada CES 2019. Untuk makluman, acara tahunan berkenaan dijadualkan untuk diadakan pada awal Januari 2019 kelak.


Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tiada. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran daripada pihak LG ini dalam bulan-bulan akan datang.


Norlida Ishak Shop