Expired : 18.06.18

LG Velvet – Telefon Pintar Akan Datang LG, Tiada Lagi Penjenamaan Abjad-Angka

LG sebelum ini telah berkongsi bahasa rekabentuk baru untuk telefon pintar akan datang mereka. Berkongsi lanjut mengenainya, LG hari ini secara rasminya berkongsi nama untuk telefon pintar akan datang mereka, iaitu LG Velvet.


LG turut mengatakan ini adalah peranti pertama dibawah strategi penjenamaan baru untuk telefon pintar baru mereka, sekaligus tiada lagi penjenamaan berasaskan abjad dan angka seperti sebelum ini. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana kita bukan sahaja tidak akan melihat siri-G baru, tetapi juga mungkin tiada lagi siri-V yang baru.


LG mengatakan penjenamaan baru ini akan mengikut trend semasa, sekaligus memberikan lebih emosi dan penekanan pada rekabentuk yang diminati orang ramai.


Buat masa ini, LG masih belum mengumumkan bilakah kita akan dapat melihat LG Velvet ini.