Expired : 18.06.18

LGBT makin berani sebab ada menteri seperti Mahfuz


BANGI, 4 Rejab 1440H, Isnin – Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan supaya bertanya kepada bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau sebaliknya.


Saranan dibuat bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi susulan kenyataan Mahfuz bahawa pendirian tegas kerajaan PH terhadap golongan LGBT menjadi punca kumpulan minoriti itu semakin berani.


Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut membandingkan dengan pimpinan BN sebelum ini, yang mana kumpulan LGBT tidak pernah membuat demonstrasi menuntut hak kerana tiada penegasan dibuat terhadap mereka.


Membidas kenyataan itu, Puad yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, mungkin Mahfuz lupa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam akhbar The Malay Mail bertarikh 21 Ogos tahun lalu yang mana dilihat menggalakkan kegiatan LGBT.


“Itu bukti kerajaan PH cukup liberal terhadap LGBT. Itu bukan tegas namanya.


“Sebab itu kita hairan kenapa Mujahid boleh mencadangkan supaya ‘transgender’ boleh guna tandas wanita setelah berdialog dengan Nisha Ayub tokoh transgender Malaysia. Bukankah ‘transgender’ secara fitrah adalah lelaki. Mana boleh walaupun mereka mengaku perempuan.


“Elok Mahfuz tanya Anwar Ibrahim sama ada dia sokong LGBT atau tidak. LGBT akan semakin berani menuntut hak yang bukan-bukan kerana adanya menteri seperti Mahfuz,” katanya.


The post LGBT makin berani sebab ada menteri seperti Mahfuz appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop