Expired : 18.06.18

Liga PES : PAS Rai Minat Anak Muda

YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DISAYANGI


Oleh: Hafsah Abdul Rahman


Pasir Gudang, 6 April 2019 : Karnival Ummah Johor Sejahtera yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Johor bertempat di Pasti Al Kauthar 2, Taman Air Biru meriah dengan pelbagai lapisan masyarakat.


Karnival ini turut meraikan golongan muda dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Liga PES 2017 (Pertandingan Futsal Maya) dan aktiviti tukar minyak hitam motosikal. Sehingga jam 3.30 petang sebanyak 30 buah motosikal telah menyertainya.


Permainan liga PES yang menjadi ‘trending’ dalam kalangan anak-anak muda ini telah menarik penyertaan yang sangat menggalakkan daripada anak-anak muda berumur 17-25 tahun daripada kawasan setempat dan kawasan sekitar.


Dalam kemeriahan pelbagai aktiviti di tapak karnival, golongan yang kurang berkemampuan turut diraikan dengan aktiviti ziarah golongan MOSWAY (Miskin, OKU, Sakit, Warga emas, Armalah dan Yatim) oleh pimpinan PAS Johor sekitar Parlimen Tebrau dan Pasir Gudang.


Sebelum acara kemuncak Karnival iaitu Ceramah Perpaduan PAS-UMNO, pengunjung diseru memeriahkan Solat Hajat dan Munajat Perdana khusus untuk umat Islam di Gaza dan kesejahteraan sejagat.


The post Liga PES : PAS Rai Minat Anak Muda appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop