Expired : 18.06.18

“Ligament Kaki Saya Putus,” – Kesan Hairul Azreen Buat Aksi Stunt Dari Tingkat 2

Cuba menguji kemampuan melakukan aksi ‘stunt’ sewaktu pembikinan sebuah filem, Hairul Azreen berkongsi detik mencemaskan apabila ligamen atau tisu kakinya tercedera.


Menurutnya menerusi Instagram, babak itu memerlukannya untuk terjun daripada tingkat dua.


“Ligament kaki saya torn masa buat stunt terjun dari tingkat 2 , doakan saya boleh kembali beraksi semula utk filem @wira_2019.


“Btw thank you @hafizulkamal hantar sy ke hospital,
thank you production @act2pictures bayarkan bill saya, hati sedih tuhan je tahu.


“Benda yang saya harap tak jadi untuk kali ini tapi jadi juga, saya terima dugaan ini dengan hati terbuka #TheBestNeverRest,” tulisnya.




Dia turut berkongsi beberapa keping foto imbasan X-ray dan terpaksa memakai alat sokongan sehingga pulih sepenuhnya.




Foto : Instagram Hairul Azreen


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop