Expired : 18.06.18

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

Social experiment mungkin bukan satu perkara yang biasa dilakukan oleh YouTuber di Malaysia tetapi kali ini satu experiment ataupun test yang dilakukan oleh channel Bros Gang TV boleh disifatkan sangat berkualiti dan menjadi.



Berbeza dengan channel-channel lain yang kebiasaannya membuat reviu makanan dan tempat-tempat menarik di Malaysia, gold digger test yang dilakukan  krew Bros Gang TV kali ini berjaya membuat penonton terkejut dengan hasil yang diperoleh mereka di hujung video.








Okay, bagi anda yang masih tidak mengetahui apakah itu gold digger test, ia adalah satu ujian di mana ia telahpun dirancang untuk menguji sama ada perempuan tersebut ‘mata duitan’ ataupun tidak.


Dalam video kali ini, krew Bros Gang berjaya mendapatkan bantuan kawan kepada kawan mereka untuk menjadi sukarelawan dan menguji sama ada teman wanitanya setia ataupun curang.



yt6


Mereka telah melakukan persiapan rapi seperti menyediakan kamera dan mikrofon tersembunyi serta mengupah pelakon ekstra untuk try teman wanita kawan mereka tadi.


ss2

Persiapan untuk menyembunyikan kamera bagi menjayakan Fasa kedua Foto: Bros Gang TV



Jika teman wanita mereka melayan ajakan pelakon yang telah diupah oleh Bros Gang ini, mereka akan dikira sebagai curang dan tidak setia kepada pasangan setia mereka.


Paling menarik, teman lelaki asal mereka juga turut terlibat dalam penggambaran tersembunyi ini tetapi tidak diketahui teman wanita mereka.


Pelakon lelaki ini diminta untuk cuba mendekati teman wanita dan meminta nombor telefon bimbit mereka. Dan jika teman wanita itu memberikan nombor telefonnya dia akan dianggap gagal fasa pertama.


ss1

Pelakon lelaki cuba untuk ‘try’ teman wanita rakan mereka. Foto: Bros Gang TV



Untuk fasa kedua pula,  teman wanita kawan mereka ini akan diajak keluar dan ketika itulah mereka mengetahui bahawa perempuan tersebut sebenarnya cuba untuk berlaku curang kepada teman lelaki sebenar mereka.


yt7

Cubaan oleh pelakon tadi untuk mengajak teman wanita rakan mereka keluar ‘dinner date’



Bagaimana mereka tahu teman wanita rakan mereka tadi curang atau tidak? Seperti yang kami kongsikan tadi, mereka sebenarnya telah meletakkan kamera dan juga mikrofon tersembunyi ketika sesi oleh pelakon tersebut berlangsung.


ss3

Sesi Pendedahan yang mengejutkan teman wanita kawan mereka



Nak tahu apa yang berlaku di hujung experiment mereka dan bagaimana situasi teman wanita rakan mereka apabila kantoi dan diserbu teman lelakinya bersama krew Bros Gang TV?


Apa kata anda tengok dengan lebih details bagaimana krew Bros Gang TV ini merancang dan menjalankan eksperimen mereka. Pasti anda akan terkejut dengan pendedahan yang diperolehi mereka di hujung video.


Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di video tersebut juga turut memuji eksperimen yang dilakukan mereka kali ini.


yt2

yt1
yt5 yt4 yt3

Walaupun durasi video sedikit panjang, namun penonton pasti akan puas hati dengan mesej yang cuba disampaikan oleh krew Bros Gang TV. Cara penyampaian jalan cerita juga agak jelas dan dapat membantu para penonton memahami setiap perancangan yang dibuat mereka.


Tahukah anda, menjadi YouTuber sebenarnya boleh memberikan pulangan yang lumayan seperti kanak-kanak ini yang meraih pendapatan hingga ratusan juta setahun dengan memuat naik video ke YouTube. Klik pautan di bawah untuk membaca.



Raih Pendapatan Tertinggi YouTube, Budak Ini Kalahkan PewDiePie Dengan Bayaran RM108 Juta Setahun





Lihat YouTuber Ini Bongkar Taktik Peniaga Di Myeondong Street Perdaya Pelanggan Muslim





Lihat YouTuber MKBHD Berbelanja RM40,670.54 Untuk Beli ‘Sneakers’ Pilihannya