Expired : 18.06.18

Lihat Zach King Sekali Lagi Terpegun Dengan Skil ‘Editing’ Sofyank96

Skil suntingan video magik Mohamad Sofian atau Sofyank96 tidak dinafikan semakin hebat dari hari ke hari. Video magik terbaru Sofian nampaknya sekali lagi mendapat perhatian idolanya Zach King.





Zach King mengulas dan memberi reaksi kepada video magik Sofian dalam ‘Magic Of The Month’ di video YouTube miliknya. Beliau dilihat sangat terpegun dengan kreativiti Sofian dalam menambah butiran ‘kecil’ pada videonya yang memberi lebih impak kepada penonton.


Anda boleh lihatnya pada minit 6:11. Video lain yang diulas oleh Zach King tidak kurang hebatnya. Suntingan Sofian kini memang sudah bertaraf antarabangsa. Apa pandangan anda dengan skil suntingan Sofian ini?


Sebelum ini, video magik Sofyank96 bersama Will Smith mendapat perhatian ramai. Anda boleh melihatnya pada artikel di bawah.



Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith





Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96




Norlida Ishak Shop