Expired : 18.06.18

‘Lima tahun Tun M PM? Lama sangat’

Kumpulan aktivis Reformasi yang menggelarkan diri mereka Otai Reformis menolak bulat-bulat usul Perhimpunan Agung Tahunan Parti Peribumi Bersatu Malaysia agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara selama lima tahun.


Sebaliknya, kumpulan itu percaya Dr Mahathir harus menyerahkan jawatan kepada Anwar dalam tempoh dua tahun seperti dijanjikan.


“Kita tentang habis-habisan usul Beraatu itu, yang mahukan Dr Mahathir kekal sepenggal (selama) lima tahun.


“Itu lama sangat” kata Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail.


Katanya, walaupun Dr Mahathir berulang kali berjanji akan menyerahkan jawatan seperti dijanjikan, beliau tidak menolak kemungkinan pelbagai perkara boleh berlaku.


“Politik ini seni pelbagai kemungkinan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.


“Walaupun Dr Mahathir kata akan serahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam masa yang ditetapkan, tetapi besar kemungkinan pelbagai perkara akan berlaku dalam masa peralihan tu sendiri,” kata Razak.


Usul yang ditimbulkan perwakilan Bersatu pada perhimpunan agung tahunannya baru-baru ini mengundang perbincangan tentang kerjasama antara parti komponen Pakatan Harapan.


Ini kerana sehingga kini Dr Mahathir hanya berjanji akan menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memperincikan tempoh masa untuk berbuat demikian.


Norlida Ishak Shop