Expired : 18.06.18

Lin Dan beri Axelsen menang percuma

JAGUH sensasi China, Lin Dan terpaksa memberi laluan kepada Viktor Axelsen dari Denmark ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Singapura 2019 yang berlangsung di Stadium Tertutup di sini, malam tadi.


Difahamkan, Lin Dan yang baru merangkul kejuaraan keduanya pada Terbuka Malaysia minggu lepas, terpaksa menarik diri daripada kejohanan menawarkan hadiah wang tunai US$355,000 itu berikutan mengalami kekejangan di paha kirinya.


Ketika itu, Axelsen yang merupakan pemain pilihan ketiga kejohanan sedang mendahului 20-13, sebelum Lin Dan menarik diri pada set pertama aksi pusingan pembukaan tersebut yang berlangsung selama 14 minit.


“Saya menggunakan banyak stamina semasa Terbuka Malaysia minggu lepas. Saya perlu berhati-hati memandangkan Piala Sudirman dan aksi kelayakan Sukan Olimpik tidak lama lagi dan saya tidak mahu mengambil risiko mengalami kecederaan serius,” kata Lin Dan kepada pemberita.


Norlida Ishak Shop