Expired : 18.06.18

Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan

Menjadi suatu dilema yang besar bagi seorang selebriti sekiranya gambar lama sebelum berhijrah masih lagi berterbangan di serata media sosial.


Sama juga dengan pelakon Lisdawati yang senantiasa berdoa supaya cerita lampau mengenainya ketika belum berhijab dan berhijrah terus tersebar secara berleluasa.


Bahkan, wanita ini mendedahkan bahawa dia telah membakar dan membuang banyak gambar-gambar lama yang mendedahkan dirinya sedemikian rupa. Lisdawati berkongsi luahan hati tersebut menerusi laman Instagramnya.









lisdawati padam gambar lama


Pun begitu, sepertinya dia tidak dapat lari daripada kisah lama apabila ada sahaja keratan gambar lama yang masih wujud walaupun banyak yang sudah dihapuskannya.


“Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.”





Malahan Lisdawati turut memohon agar peminat supaya berhenti menyebarkan gambar lamanya. Katanya lagi, diharapkan mereka hanya simpan sahaja gambar berkenaan dan kalau mahu menyiarkan kepada tontonan umum, mestilah diconteng terlebih dahulu untuk menutup apa yang patut.


lisdawati padam gambar lama


Pelakon ini juga turut berkata bahawa sekiranya mampu, dia mahu memadam kesemua gambar dan video yang menonjolkan auratnya.


“Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan.”


Mula mengenakan tudung pada 2013, Lisdawati hanya mampu berdoa agar segala dosa lamanya diampuni Allah SWT.


Sumber: Instagram