Expired : 18.06.18

Logitech Memperkenalkan G502 Lightspeed – Variasi Nirwayar Bagi Tetikus G502 Hero

Logitech G502 Hero antara model tetikus terkenal kerana ia menawarkan keseimbangan harga dan fungsi yang baik untuk kegunaan gaming. Dengan melihat kejayaannya, Logitech telah hadir dengan versi nirwayar bagi tetikus ini – menerusi perkenalan G502 Lightspeed.


Logitech G502 Lightspeed menawarkan penawaran seumpama G502 Hero dengan menawarkan 11 butang yang boleh dikustomasi bersama pencahayaan LIGHTSYNC RGB. Ia juga kini menawarkan rekaan yang lebih moden selain menyertakan sokongan PowerPlay untuk pengecasan nirwayar.



Tetikus ini turut menyertakan teknologi nirwayar LIGHTSPEED bagi membolehkan anda mendapatkan pengalaman seumpama menggunakan tetikus berwayar. Ia menawarkan kadar tindak balas 1ms bagi membolehkannya beroperasi dengan lebih pantas dan responsif.


Melengkapkan lagi tetikus ini ialah sensor HERO 16K yang membolehkan setiap pergerakan tetikus ini diperincikan dengan lebih teliti. Sensor ini mampu menawarkan DPI dari 100 hingga 16,000 untuk kadar penjejakan yang lebih tepat ketika ia dikendalikan.


Dari segi jualan, tetikus ini telah diumumkan pada harga $149 USD (~RM618.32), selain anda boleh mendapatkan pad tetikus PowerPlay pada harga $99 USD (~RM410.83). Ia telah ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat namun tidak diketahui sama ada ia akan diperluaskan untuk pasaran tempatan.


Norlida Ishak Shop