Expired : 18.06.18

Lokasi Arnab Village Village Ranau Kundasang, Sabah


Disebabkan baru beroperasi, maka amat sukar untuk mengetahui lokasi sebenar Arnab Village ini. Ini disebabkan, pihak pengurusan taman belum meletakkan papan tanda sebagai petunjuk di simpang jalan utama.

Untuk makluman para pembaca, untuk sampai ke taman arnab ini, anda perlulah memasuki simpang Jalan Kibaas Mohimboyon Kundasang seperti dalam gambar berikut. Simpang masuk Jalan Kibass Mohimboyon adalah terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ranau.


Selepas itu, anda perlu melalui jalan separuh berturap yang agak berlubang. Kereta yang diubahsuai menjadi lebih rendah akan mengalami kesukaran apabila melalui jalan ini. Gambar dibawah merupakan gambar yang sempat diambil oleh penulis semasa dalam perjalanan balik dari Arnab Village ini.

Jarak daripada jalan utama iaitu Jalan Kibaas ke Kampung Purakagis dimana terletaknya Taman Arnab adalah lebih kurang 1.4 km. Apabila anda melihat papan penunjuk dengan perkataan “Selamat Datang Ke Kg. Purakagis Ranau” seperti yang ditunjukkan pada gambar berikutnya, maka anda berada di jalan yang betul.



Norlida Ishak Shop