Expired : 18.06.18

LPMB PAS Sabah anjur bengkel perkemas taktikal media.


Oleh : Basith Samad

12 Oktober 2019


SANDAKAN : Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) PAS Sabah telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Strategik bagi perkemaskan gerak kerja media.


Bengkel yang berlangsung hari ini di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Batu Sapi, Sandakan itu telah disertai oleh seluruh penggerak LPMB di peringkat negeri, dewan-dewan serta kawasan-kawasan dari seluruh negeri Sabah.



Dua orang penceramah mewakili LPMB PAS Pusat hadir mengisi slot-slot sepanjang bengkel iaitu Timbalan Pengerusi 3, Mohd Fakhrurrazi Hj Mahmood dan Pengarah Akademi Penerangan, Mohamad Nuri Mat Yaacob.


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sabah, Haji Ahmad Dullah yang merasmikan program menyebut tentang tugas penerangan yang berkait rapat dengan dakwah seperti usaha Nabi Muhammad S.A.W mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.



“Justeru, bengkel hari ini perlu kita laksanakan bagi memantapkan kemahiran dan stretegi kita sebagai agen penerangan yang baik kepada parti Islam seiring dengan perkembangan semasa,” tambahnya.


Turut hadir dalam bengkel ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Bin Mustain.




The post LPMB PAS Sabah anjur bengkel perkemas taktikal media. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop