Expired : 18.06.18

LSPX-S1 Glass Sound Speaker Adalah Gabungan Pembesar Suara Dan Lampu LED Pintar Dari Sony

Pada acara CES 2019, Sony telah memperlihatkan satu produk peranti berhubung baru – ia adalah gabungan lampu dan pembesar suara pintar. Produk ini adalah  LSPX-S1 Glass Sound Speaker.



LSPX-S1 Glass Sound Speaker secara keseluruhan kelihatan seperti sejenis lampu klasik dan bukannya pembesar suara. Rekaannya unik, di mana di bahagian atas adalah tiub kaca di mana di dalamnya terdiam lampu LED dengan 32 tahap kecerahan berbeza. Ia turut mempunyai mod lilin makan malam untuk acah-acah romantik. Di bawah LED tadi terdapat tiga penggerak yang akan membuatkan tiub kaca itu bergetar untuk hasilkan bunyi. Menurut Sony, ini adalah penggerak yang digunakan untuk televisyen OLED mereka. Manakala, asas lampu ini adalah woofer untuk hasilkan bass.



Menurut Sony lagi, audio yang dihasilkan adalah 360 darjah – jadi bunyi yang didengar adalah secara menyeluruh dan sama rata. LSPX-S1 Glass Sound Speaker mempunyai bateri yang mampu tahan sehingga 8 jam, mampu menghantar fail audio melalui bluetooth atau WiFi, menyokong audio Hi-Res dan boleh ditambat melalui Spotify Connect.


LSPX-S1 Glass Sound Speaker adalah satu pembesar suara + lampu pintar dengan rekaan yang unik serta menarik. Ia juga adalah produk yang premium, kerana dijual pada harga £550 (~RM2878).


Norlida Ishak Shop