Expired : 18.06.18

LTTE: Jabatan Peguam Negara digesa keluarkan jawapan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin


BANGI, 10 Rabiulawal 1441H, Khamis – Jabatan Peguam Negara digesa memberikan alasan serta perincian di sebalik pembatalan dua pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran.


Peguam dan juga dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid berkata, penjelasan ini perlu kerana ia membabitkan isu kepentingan dan keselamatan awam.


“Rakyat berhak tahu sebab di sebalik pembatalan pertuduhan ADUN DAP ini kerana ia satu pertuduhan yang amat serius apatah lagi membabitkan kumpulan pengganas.


“Walhal, pihak pendakwaan pada mulanya mahu menghadapkan dua pendakwaan terhadap Gunasekaran. Bagaimanapun ia dibatalkan di saat akhir tanpa sebarang sebab dikemukakan. Justeru, Jabatan Peguam Negara perlu memberikan justifikasinya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.


Terdahulu, Mahkamah Sesyen Seremban telah membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Gunasekaran.


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediamannya.


Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, di sini, masing-masing pada pukul 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lepas.


The post LTTE: Jabatan Peguam Negara digesa keluarkan jawapan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop