Expired : 18.06.18

Luna Maya kekasih SM Faisal?

PELAKON jelita Indonesia, Luna Maya dikatakan sedang berkawan rapat dengan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.


Dalam laporan media Indonesia, Tribun Style, Luna dilihat memberi ‘tanda cinta’ pada gambar terbaru Faisal bersama dua lelaki lain di Kyoto, Jepun di Instagram miliknya.



Malah, Luna juga dilihat memberikan ‘likes’ dan meninggalkan komen pada beberapa gambar di Instagram Faisal termasuk mengatakan Faisal kelihatan tampan.


Sebelum ini, Faisal pernah memuat naik gambar bersama Luna ketika mereka dan rakan-rakannya berada di Bali, Indonesia.


Sementara itu, pada 27 Oktober lalu, Faisal dikatakan meraikan ulang tahun kelahirannya dengan Luna.


Menerusi gambar yang dimuat naik adik Faisal, Diana Nasimuddin, Luna dilihat bersama Faisal bersama rakan-rakan dan Diana.


Apa yang menarik, gambar itu menunjukkan Luna berdiri di depan Faisal sambil jari Faisal menuding kepada Luna seolah-olah memberi gambaran mereka mempunyai hubungan mesra.


Dalam foto itu, kedua-duanya juga kelihatan tersenyum gembira.


Norlida Ishak Shop