Expired : 18.06.18

“Macam Aku Duduk Di Rumah Flat, Kalau Boring Nak Pergi Mana,” – Man Raja Lawak Merayu Patuh PKP, Tak Mahu Terkurung Waktu Sambut Puasa



Man Raja Lawak menerusi laman Instagram miliknya merayu netizen agar mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Jelasnya, dia kesal melihat paparan berita setiap hari ada sahaja kes membabitkan orang awam ditahan pihak berkuasa akibat ingkar.



Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) ini turut menyatakan dia tidak mahu menyambut Ramadan dalam suasana sekatan, jelasnya hanya syaitan yang dikurung pada bulan Ramadan dan dia tidak mahu menjalani nasib yang sama gara-gara segelintir netizen yang masih berdegil.


“Assalamualaikum, tak faham lah korang ni. Aku yang duduk dekat rumah ni hari-hari tengok berita ada orang kena tangkap, naik mahkamah, naik trak polis, masuk penjara, kena saman, kenapa?



“Degil betullah korang ni. Kitorang yang duduk rumah ni angin je dekat rumah ni. Selepas itu nak keluar suka-suka, alasan bukannya munasabah pun. Ada yang nak main bola, nak pergi jogging, nak beli rokok, apa benda lah.


“Kitorang yang duduk rumah ni, macam aku duduk di rumah flat, kalau boring nak pergi mana? Takkan nak pergi rumah jiran sebelah pula? Takkan aku nak pergi merayau pula, tak boleh!


“Kalau paling boring pun aku pergi picit lif. Kau tak tahu berapa ratus kali aku pergi picit lif. Sampai lif tu pun dah boring tengok muka aku.


“Korang janganlah keluar, duduk dekat rumah sampai 14 April. Janganlah pasal korang, jangan kata 14 April tak boleh keluar, silap-silap 14 tahun kena kurung dalam rumah.


“Ini sudah nak masuk Ramadan. Ramadan kita tahu syaitan kena kurung, jangan sampai kita pun kena kurung. Rasa dah macam syaitan pula. Kitorang nak bebas, tolonglah duduk rumah. Tolonglah aku merayu,” jelasnya menerusi IG Story.






Terdahulu Man telah berkongsi wang kemenangan MLM 2019 bernilai RM50,000 bagi membantu golongan yang kesempitan.


Foto : Instagram Man Raja Lawak