Expired : 18.06.18

“Macam Baru Je Semalam Anaqi Dalam Labour Room…”- Amyra Rosli


Pelakon jelita, Amyra Rosli telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.


Menerusi entri tersebut, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli telah menitipkan kata ucapan sempena hari jadi anaknya, Aqeef Anaqi yang kini sudah berusia 2 tahun.


Difahamkan, aktres drama bersiri Nur itu kini berada di tanah suci Mekah bersama suami dan anakya untuk menunaikan ibadah Umrah.


“Happy birthday anaqi!! (Mommy baru lah nak sempat wish birthday kat anak bujang sorg ni..)


“Untungnya kamu wahai anak dpt sambut hari lahir dekat rumah Allah.. awal sungguh anaqi menyahut panggilan Allah..


“Mcm baru je smlm anaqi dlm labour room dgn mommy, daddy @amarbaharin n dr @_s__e__r__i_ .


“Haaa x nak la type panjang2 nnti mommy nangis


“Moga allah sentiasa melindungimu wahai anak.. SAYANG ANAQI,” tulisnya.




Dalam pada itu, peminat turut memberi ucapan hari jadi kepada Anaqi di ruangan komen entri tersebut.


o


Sekadar informasi, Amar dan Amyra telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan satu cahaya mata, Aqeef Anaqi berusia  tahun.


Pasangan ini menuju ke tanah suci Mekah pada 14 Oktober lalu bagi mengerjakan umrah. Semoga dipermudahkan urusan.


Foto : Instagram Amar Baharin


Norlida Ishak Shop