Expired : 18.06.18

MaGIC : Hampir 40% Startup Akan Mati Sekiranya Pandemik Covid-19 Berlanjutan Sehingga Raya

Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) baru-baru ini telah melakukan bancian melibatkan lebih 239 startup berkaitan dengan ketahanan ketika wabak Covid-19 melanda ini, dan kesannya terhadap perniagaan masing-masing.


MaGIC Startup Covid-19


Daripada data yang didapati, ia dilihat hampir 15.9% responden mengatakan startup mereka tidak akan dapat bertahan lebih sebulan, sementara 24.7% mengatakan mereka tidak dapat bertahan lebih dua bulan. Ia dikatakan 77% responden mengatakan mereka terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diadakan sejak 18 Mac 2020 lepas.


Secara keseluruhan hanya sekitar 3% startup yang mengambil bancian ini mengatakan akan dapat mampu bertahan lebih 12 bulan sekiranya Covid-19 terus memberikan impak terhadap perniagaan ini.


Bagi anda yang membangunkan startup tersendiri, adakah anda turut terkesan? Bagaimanakah dengan perancangan untuk syarikat anda?