Expired : 18.06.18

Mahkamah tangguh hukuman penjara terhadap Wan Ji

Wan Ji Wan Hussin baru dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang. — Foto ihsan Facebook/Wan Ji Wan Hussin
Wan Ji Wan Hussin baru dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang. — Foto ihsan Facebook/Wan Ji Wan Hussin

SHAH ALAM, 12 Julai — Mahkamah Tinggi  di sini menangguhkan hukuman terhadap penceramah bebas Wan Ji Wan Hussain yang baru dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang atas kesalahan menghina sultan Selangor.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membenarkan permohonan peguam Radzlan Jalaluddin untuk menangguhkan hukuman ke atas bekas pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, lapor Sinar Harian.


Pada 9 Julai lalu, beliau menjalani hukuman itu berikutan mahkamah menolak permohonan penangguhan hukuman penjara sembilan bulan dalam kes menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Hukuman itu kemudian bertambah kepada setahun penjara.


April tahun lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap pemuda asal Kelantan.


Beliau pada 10 September 2014, mengaku tidak bersalah menghina Sultan Sharafuddin termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook.


Norlida Ishak Shop