Expired : 18.06.18

Mahu Berbagi Rezeki, Sumbang Makanan Kepada Frontliners Kesihatan Kita? Boleh Lakukan Secara Online & Ini Caranya


Tabik dengan semangat dan curahan bakti yang diberikan buat anggota ‘frontliners’ negara yang kini bertungkus-lumus merawat seterusnya cuba mengekang penularan COVID-19 dari terus menular.


Menyedari akan kegigihan dan semangat warga barisan hadapan ini, ramai juga yang di antara kita yang cuba membantu, paling tidak meringankan beban ‘frontliners’ ini dengan memberikan sumbangan berupa makan buat mereka.



Jadi, kepada anda yang turut sama ingin membantu, ini dia aplikasi yang menawarkan hidangan menu lazat terpilih, boleh sumbangkan kepada pasukan ‘frontliners’ yang sedang berkhidmat.


KLOOK ada melancarkan kempen Salute Our Healthcare Heroes khusus dalam beri peluang kepada masyarakat Malaysia sebagai menghargai petugas kesihatan KKM.



Tidak perlu keluar dari rumah untuk ke lokasi demi beri sumbangan, anda boleh membantu hanya dengan mengikuti 3 langkah saja. 


Buka KLOOK di laman sesawang atau telefon pintar anda sekarang, jom sama-sama bantu ‘hero negara’.


Ini caranya :


Langkah #1 : Swipe up ke halaman KLOOK


Langkah #2 : Pilih salah satu pilihan F&B yang tersenarai. 


Langkah #3 : Pilih pakej ‘Salute Our Healthcare Heroes’ dan buatlah pilihan anda. 


Setiap hidangan yang dibeli melalui KLOOK menerusi mana-mana syarikat F&B terpilih ini akan dijadikan sebagai sumbangan makanan.


Ia bermula hari ini hingga 31 Mac depan.


Untuk maklumat lanjut, layari laman web KLOOK bagi melihat tawaran yang disediakan.