Expired : 18.06.18

Mahu langsai hutang Aishah, Cik B serah RM100,000 pada Vida

Datuk Seri Vida terharu dengan tindakan anaknya menyerahkan wang bagi menyelesaikan kes dengan penyanyi Aishah. — Foto ihsan Instagram/datoserivida
Datuk Seri Vida terharu dengan tindakan anaknya menyerahkan wang bagi menyelesaikan kes dengan penyanyi Aishah. — Foto ihsan Instagram/datoserivida

IPOH, 7 Julai — Anak perempuan Datuk Seri Vida membuat kejutan apabila menyerahkan RM100,000 kepada jutawan kosmetik itu bagi menyelesaikan kes dengan penyanyi Aishah.

Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menyerahkan wang dalam mata wang Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ketika sidang media diadakan Vida semalam.


Mesra disapa Cik B, remaja 14 tahun itu berasa bertanggungjawab membantu ibunya menyelesaikan kemelut dengan juara program realiti Gegar Vaganza 4 itu, lapor Kosmo Online.


“Mama pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih.


“Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama,” katanya yang menambah wang itu hasil jualan produk ‘Cik B Chips’. 


Selaku penaja program realiti itu, Vida memohon maaf kepada Aishah berhubung kes hadiah barang kemas palsu di kediamannya di Ipoh.


Selain permohonan maaf sebagai keputusan mediasi di Mahkamah Sesyen Sivil pada 1 Julai, Vida diarah membayar harga barang kemas berjumlah RM80,000.


Norlida Ishak Shop