Expired : 18.06.18

Mahu wang? Duduk di Locana

Bosan dengan kesesakan bandar dan kesempitan wang? Pindah sahaja ke bandar Locana di barat laut Itali yang bukan sahaja mempunyai pemandangan pergunungan yang indah malah anda akan dibayar sehingga AS$10,000 (RM40,927) jika menetap dan memulakan kehidupan berkeluarga di sana.


Datuk Bandar Locana, Giovanni Bruno Mattiet amat mengalu-alukan kedatangan warga asing mahupun rakyat Itali untuk menetap di kawasan yang terletak di wilayah Piedmont yang kini menghadapi `kepupusan manusia’.


Sebelum ini, beliau pernah menawarkan imbuhan yang sama kepada warga asing atau penduduk Itali yang menetap di negara ini bagi mengelak kawasan berkenaan `m4t1’ namun tidak mendapat sambutan.


Kali ini Bruno Mattiet sekali lagi menawarkan imbuhan sama namun kepada warga asing yang menetap di luar Itali.


Locana berkeluasan 132 kilometer persegi termasuk kawasan pergunungan bersalji, Gran Paradiso bukan sahaja mempunyai udara segar namun menawarkan pelbagai aktiviti luar menarik seperti luncur salji sambil memancing, treking dan rock climbing.


Rumah-rumah di kawasan ini mempunyai seni bina tradisional diperbuat daripada batu dan kayu dengan atap genting serta dinding `fresco’ yang dihiasi bunga-bungaan.


Walaupun bandar ini kecil tetapi ia menjana pendapatan yang tinggi melalui penjualan tenaga hidroelektrik kepada kerajaan Itali.



Dalam pada itu, masalah `kepupusan manusia’ di Locana berlaku selepas ramai penduduknya meninggalkan bandar ini dan pada masa sama bilangan pasangan muda dan kanak-kanak semakin mengecil menyebabkan banyak kedai, restoran dan kemudahan awam terpaksa ditutup malah sekolah-sekolah juga menghadapi perkara yang sama.


“Penduduk bandar ini berpindah untuk bekerja di kilang-kilang besar di Turin dan setiap tahun kami menghadapi masalah kekurangan pelajar menyebabkan sekolah hampir ditutup tetapi saya mahu memastikan perkara ini tidak berlaku,’’ tegas beliau.


Kata Bruno Mattiet, pihaknya mengalu-alukan golongan muda dan profesional untuk memulakan perniagaan di sini.



“Terdapat berpuluh-puluh kedai, bar, restoran dan butik yang menunggu pemilik baharu untuk memulakan semula perniagaan malah di sini juga terdapat makanan yang lazat serta pesta rakyat sepanjang tahun selain kami turut mengamalkan gaya hidup yang sihat,’’ katanya.


Pada awal 1900 lebih 7,000 penduduk menetap di Locana tetapi bilangannya semakin berkurangan sehinggalah hari ini hanya 1,700 orang sahaja yang masih mendiami desa itu.


Pada tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, sebanyak 40 kem4t1an dilaporkan manakala kadar kelahiran hanya 10 orang.


Selain Locana, sebuah lagi bandar yang terletak di wilayah Piedmont, Borgomezzavalle berhampiran sempadan Switzerland juga bakal menjadi `bandar hantu’.


Usaha dilakukan untuk menarik kedatangan penduduk baharu dengan menawarkan wang AS$1,144 (RM4,682) kepada mereka yang melahirkan seorang anak dan AS$2,288 (RM9,364) jika mahu memula dan mendaftar perniagaan di sini.


Selain itu, mereka boleh memiliki kotej, bangsal dan kandang kuda terbiar dengan hanya AS$1.30 (RM5.30) namun perlu memperbaikinya dalam tempoh dua tahun.


Kawasan perkampungan Sambuca, Sicilia yang pernah tersenarai sebagai kampung tercantik di Itali pada 2016 juga menghadapi masalah `kepupusan manusia’ apabila banyak rumah kini terbiar tanpa penghuni.


Untuk mengelak keadaan bertambah meruncing, pihak pentadbir perkampungan ini menawarkan penjualan hartanah dengan harga kurang AS$1 (RM4) namun dengan syarat pembeli perlu melakukan ubah suai dalam tempoh tiga tahun.



Penduduk bandar ini berpindah untuk bekerja di kilang-kilang besar di Turin dan setiap tahun kami menghadapi masalah kekurangan pelajar menyebabkan sekolah hampir ditutup tetapi saya mahu memastikan perkara ini tidak berlaku.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia


Sumber : Utusan



Norlida Ishak Shop