Expired : 18.06.18

Main ‘game’ sambil cas telefon, lelaki maut direnjat elektrik

SEORANG lelaki berusia 22 tahun dari Thailand maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.


Dalam kejadian yang berlaku di rumah sewanya di Pak Chong County, wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand, lelaki tersebut yang bernama Tivara sedang bermain permainan dalam talian.


Bagaimanapun, dia tiba-tiba terkena renjutan elektrik ketika sedang leka bermain, lapor Kwong Wah Yit Poh.


Kejadian malang itu mengakibatkan jari-jarinya melecur teruk akibat renjatan elektrik yang tinggi.


Menurut saudaranya, Udon, dia pergi rumah Tivara pada malam kejadian tetapi pintu rumahnya terkunci.


Ketika itu, katanya, dia memanggil nama Tivara tetapi lelaki itu tidak menyahut bila dipanggil.


Udon kemudian memutuskan untuk memecah masuk dan dia mendapati bahawa Tivara sudah terkulai kaku dalam keadaan menyayat hati.


Udon berkata, dia melihat tubuh Tivara yang tidak bermaya di atas katil dengan jari-jarinya yang terbakar hampir dan hampir putus.


Pengguna telefon bimbit dinasihatkan agar tidak menggunakan telefon bimbit sambil dicas, kerana berisiko akan terkena renjatan elektrik.


Renjatan elektrik boleh berpunca daripada sambungan soket yang longgar atau bocor.


 


The post Main ‘game’ sambil cas telefon, lelaki maut direnjat elektrik appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop