Expired : 18.06.18

Majlis kahwin diser@ng ‘hantu’, tradisi masyarakat Jawa buat ramai cuak!

Sekiranya berbual mengenai kisah seram hantu, pasti naik bulu roma dengan terbayang suasana gelap dan sunyi seperti di kubur, hutan, rumah usang dan sebagainya.
Namun, apa yang terjadi di kampung yang terletak di Hutan Melintang, Perak ini adalah sebaliknya apabila penduduk kampung tersebut ‘diserang’ sekumpulan hantu ketika berlangsung sebuah majlis perkahwinan.
Video yang dikongsi oleh Norasma Arbae di laman Facebook miliknya itu sebenarnya merupakan tradisi masyarakat Jawa setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan.


Menurut masyarakat di sana, sebuah majlis perkahwinan pasti tidak sempurna sekiranya tiada kemunculan ‘Abit dan Cepet’ ini.

Selain itu, tradisi ini juga biasanya dilakukan sebaik sahaja selesai majlis akad nikah dan diadakan pada waktu malam iaitu ketika majlis berinai.
Kumpulan Abit akan berarak bersama pengantin disertai dengan paluan kompang, manakala kumpulan Cepet pula sudah bersedia menyorok di kawasan rumah pengantin bagi menakutkan tetamu khususnya kanak-kanak.

Penduduk kampung itu juga berkata bahawa terdapat tetamu yang menangis malah ada suatu ketika pengantin perempuan pengsan kerana tidak biasa dengan sambutan tersebut.

Sumber : Norasma Arbae
Via : infobenar

Norlida Ishak Shop