Expired : 18.06.18

Majlis Restu Ilmu PASTI Al-Falah mendapat sambutan ibu bapa.


Oleh : Jumrah Djamali

08 Oktober 2019


SILAM : Majlis Restu Ilmu telah diadakan di PASTI Al Falah, Lahad Datu pada 6 Oktober yang yang lalu dan telah dihadiri oleh Jemaah Ibu Bapa Dan Guru (JIBG).


Ibu bapa yang hadir bersama anak masing-masing dapat mendengar kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Rosli Hasan yang juga merupakan Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.


Salah satu isi ucapan beliau ialah menekankan cara pemakanan yang sihat dan baik dikalangan anak-anak dan ibu bapa.


Ibu bapa turut mendirikan solat hajat dan bacaan Yaasin bersama mudir, guru-guru dan murid PASTI bagi memohon kejayaan dalam Ujian Penilaian yang diadakan pada 7 Oktober tahun ini.


Majlis tersebut bertambah serinya apabila murid-murid PASTI bersalaman dengan semua ibu bapa, guru dan semua yang hadir bagi memohon restu segala ilmu yang dicurahkan.


Jamuan ringan turut disediakan oleh JIBG untuk semua jemputan yang hadir. Majlis tersebut selesai pada 12.30 tengahari.



The post Majlis Restu Ilmu PASTI Al-Falah mendapat sambutan ibu bapa. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop