Expired : 18.06.18

“Makin Besar Makin Hensem,” – Peminat Puji Anak Bujang Ziana Zain Yang Dah Besar Panjang, Kian Segak!


Baru-baru ini, penyanyi Ziana Zain ada berkongsi foto terkini anak-anak lelakinya di akaun media sosial Instagram.


Menerusi foto yang telah diulang siar itu, kelihatan dua anak teruna kepada bintang senior berkenaan sudah pun berada pada fasa remaja.




Lalu melihat di ruangan komen pula, majoriti komen yang yang ditinggalkan peminat memuji kedua-dua anak lelaki penyanyi yang berusia 51 tahun itu.


Bukan itu sahaja, peminat turut menyifatkan senyuman anak sulung saling tak tumpah dengan lirikan manis yang sering terukir dibibir si ibu.



Untuk rekod, Ziana telah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 9 Mei 1998.


Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Amar, 15, serta sepasang kembar Muhammad Airil dan Siti NurQaseh, 9.


Bagaimanapun, Ziana dan Armin berpisah dengan pada 12 Julai tahun lalu.


Foto: Instagram Ziana Zain


Norlida Ishak Shop